Thursday, June 19, 2014

biar mimpi kan jadi realiti

aku bukan pencerita. aku tak sehebat siapa siapa. aku cuma orang biasa. hidup ini belajar makan tidur dan seterusnya begitu. mungkin jugak berturutan ke alam pekerjaan. ah siapa sangka?

aku cuma diri aku. seperti mimpi dan kadang kadang bayangan dalam air. aku buat degree dekat UMS tetang marine life. aku belajar tentang hidupan dalam air dan mungkin satu hari aku akan buat master tentang ornamental marine life, sebab marine life ni gila cantik cantik je, dan aku pun muda lagi, so ini angan angan aku untuk buat master heee


so selain dari benda ni aku minat aku ni memang tersesat dari lubuk akademik dan aku minat berbisnes. aku punyalah berangan nak bukak boutique sendiri, mungkin dalam peragaan, bidang fesyen. cita cita sangat lah besar dan lari dari bidang belajar tapi takpe sedikit dikit lama lama naik bukit!


cita cita punya la fuhh, ini berangan lagi nak jadik designer, nak ada produk sendiri. sekarang tengah membuka nama tudung  collection EYRAROVEL so im going to change the world, hihi doakan berjaya.
takpe kita rangkak pelan pelan. doakan saya bejaya. :) aku jugak minat baking, tapi nanti lah semua benda nak buat boleh parghah nok. hahaha

terima kasih baca^^

1 comment:

  1. gud luck sis! bittaufiq wannajah. :)

    hidup tak bolehlah mcm robot. keje balik makan tido. kene colourful kan. yg penting kitteee enjjjooyyyy!!! hehe..

    ReplyDelete